Tuesday 22 November 2011

sepasang tua . . .



‎::..SEPASANG TUA ITU,,, ITULAH IBU DAN AYAHMU..::


WAHAI ANAK MUDA..
Ketika engkau memandang mereka..
Apakah yang kau lihat?
SEPASANG TUA yang menyusahkan?
SEPASANG TUA yang suka berleter?
SEPASANG TUA yang suka menyibuk?
SEPASANG TUA yang kolot?
SEPASANG TUA yang tidak tahu apa-apa tentang dunia orang muda?

WAHAI ANAK MUDA..
Siapakah mereka dalam hidupmu?
SEPASANG TUA yang tugasnya hanya menyediakan makan pakaimu?
SEPASANG TUA yang tugasnya memberi wang saku dan membiayai pendidikanmu?
SEPASANG TUA yang hanya perlu menyediakan tempat tinggalmu?
SEPASANG TUA yang hanya perlu bersedia jika kau memerlukan apa-apa bantuan daripada mereka?

WAHAI ANAK MUDA..
Sesungguhnya engkau telah terpedaya dengan pandanganmu..
Engkau telah TERTIPU dengan apa yang kau lihat..
MEREKA bukan menyusahkanmu tapi mereka sanggup BERSUSAH PAYAH untukmu..
MEREKA bukan berleter tapi mereka sentiasa MENGINGATKAN dan MENASIHATImu..
MEREKA bukan menyibuk tapi mereka sentiasa MENGAMBIL BERAT terhadapmu..
MEREKA bukan kolot tapi kerana mereka lebih banyak tahulah mereka begitu..
MEREKA bukan tidak tahu tentang duniamu bahkan mereka juga pernah melalui zaman itu..

WAHAI ANAK MUDA..
Sedang mereka menyediakan makan pakaimu, engkau SOMBONG terhadap mereka..
Sedang mereka membiayai pendidikanmu, engkau mula BERLAGAK pandai terhadap mereka..
Sedang mereka menyediakan tempat tinggal padamu, engkau merasa NERAKA didalamnya..
Sedang mereka menaruh harap padamu, engkau mengabaikan AMANAH yang diberi..

WAHAI ANAK MUDA..
Cuba kau lihat sepasang tua itu..
Di WAJAHnya ada ganjaran pahala tika kau menatapnya..
Di MATAnya ada renungan syurga pada redhanya..
Di BIBIRnya ada mutiara kata yang boleh membimbingmu..
Di HIDUNGnya ada hidu tiap tingkah lakumu..
Di TELINGAnya ada khabar setiap gerak gerimu..
Di TANGANnya ada doa yang sering ditadahkan kepada Ilahi untukmu..
Namun di HATInya ada segaris luka yang kau tinggalkan..

WAHAI ANAK MUDA..
Apakah engkau menyangka sebentar lagi engkau berpeluang berjumpa mereka lagi?
Apakah engkau menyangka engkau masih punya kesempatan memohon ampun kepada mereka?
Apakah engkau menyangka engkau sentiasa aman tanpa redha mereka?
Apakah engkau menyangka engkau punya masa untuk mengucapkan terima kasih atas segala jasa mereka?
Apakah engkau menyangka engkau mereka masih disitu menantimu mencium tangan mereka, tangan yang sentiasa menadah doa untuk anak-anaknya..

WAHAI ANAK MUDA..
antara dua..
samada kau pulang disambut SENYUMAN..
atau..
disambut dengan SEKUJUR TUBUH tanpa roh..
samada peluang..
atau penyesalan.
sumber : facebook post by solehi aljerusi 
post yg kawan aku share kat fb.. sangat2 dah tarik aku untuk tekan butang see more tuh..haha..slalunye aku tak endah sangat benda2 yg berjela2 ni..tapi once aku bace at the begining.. rase memeang kene tarik dek ayat ni lah..setiap ape yg solehi aljerusi (name fb die) ni..aku rase itulah kebanyakan anak2 mude skarang buat kat ibu ayah diorang..tmasuk aku jugak.. sebaik mane pon kite sbagai anak ni try untuk jadi anak terbaik..tapi mustahil kite tak pernak tinggalkan luka dihati ibu ayah kite sendiri.. 
teringat sangat2 kat ayah dengan ibu.. =) aku jauh dari diorang saat ni..(wahh..saat ini sastera siott..) mampukanh aku galas amanah yang diorang letak atas bahu aku ni?amanah diorang dah jadi tanggungjawab aku.. aku ni bukan excellent student pon.. aku pernah rase gagal.. aku bagitahu ibu ayah.. tapi.. ayat yang keluar dari mulut dirang macam biase lah.."kamu dduk rumah tgok tb,main handfone,topup,keluar dgn kawan,itu je kamu tahu..bukak buku?nak exam baru nak bukak buku..terime je lah..buat lagi camtu..ayah ibu cakap taknak dengar.." hemm..dulu kalau aku dengar benda2 tuh..mule la aku bengang.. tapi sebenarnya..ibu ayah aku kecewa dengan aku sebab aku tak dengar cakap diorang..tapi diorang tak pernah zahirkan ayat "kecewa" tu..instead of ayat tuh buat aku tercabar denagn diorang untuk buktikan aku main2 pon aku boleh dapat keputusan yang baik..huhu kelakar..tapi rase tercabar aku tuh salah..aku sepatutnye ikot cakap diorang kan?sekarang bile aku dah ade otak sikit lah..baru la aku ni sedar yang semua ayah ibu cakap tuh betul..betul 100%..kalaulah aku tak becintun2 tak main handfone tak tgok tb memanjang..mesti result aku lebih baik dari yg ade..huhu..tapi dalam islam...mane ade "kalau"..salah ke betul ke semua kite buat pilihan sendiri..so b4 kau buat keputusan , nilai dulu wahai anak pak aris oi..nak berjaya kene gagal banyak kali dulu..hehe.. so sekarang..aku kena bawak amanah ibu ayah sebagai tangungjawab untuk aku laksanakan..!! insyAllah.. kalau ape kerja pon kita dengar kata ibu ayah n kerana Allah ..insyAllah kite akan selamat..=) (ayat kakak aku)

No comments:

Post a Comment