Wednesday 5 September 2012

TEMAN PENGGANTI

black feat malique - teman pengganti 
mula mula aku tak suka lagu ni tapi bila dengar lirik dia betul betul hey you.. i fall in love with this song! tambah tambah bila tahu malique rap.. lagu dia memang best .. kau orang pon tahu kan lagu lagu dia penuh maksud tersurat dan tersirat =)

"aku kan pergi, pergi ku takkan kembali , tiba masanya kau cari teman pengganti "
(contoh ayat tersurat)
"tubuh makin susut menunggu tarikh luput "
(contoh ayat tersirat)
 and banyak lagi ayat lain lah.. cari sendiri okay? haha
 selain tersurat tersirat ayat dia jugak pedas,sinis,sedih , bla bla bla... haha
cari sendiri okay .. baca lirik dia.. 
 rahsia ini telah lama aku pendamkan.. tiba masanya segala-galanya ku ceritakan.. aku kan pergi , pergi ku tak akan kembali, tiba masanya kau cari teman pengganti..aku kan pergi bertemu kekasih abadi , tiba masanya kau cari teman pengganti .=)

the best lyric ever :
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna..




assalammualaikum.. maaf salah silap =)

Tuesday 4 September 2012

aku ingin terbang

aku nak terbang . terbang tinggi . tinggalkan orang sekeliling .terbang bersama angan aku :)
haha i am shoooo jelly if dengar ade orang belajar / kerja kat luar negara ;/ 
aku rasa aku takde peluang nak menjejak kaki ke negara orang yang jauh dari malaysia atas alasan belajar . alasan kerja? maybe boleh maybe tak . . if nanti aku qualified jadi staffnurse .. lesen aku laku kat seluruh dunia . so aku boleh apply nak kerja kat arab saudi mungkin? or jadi sukarelawan nurse masa perperangan ?  inshAllah.. jika itu ah jadi tugas yang aku harus pikul satu hari nanti.. aku akan lakukan.. yesss..dah melalut sampai ke tahap pekerjaan .. 
sebenarnya , kadang kadang setelah apa yang berlaku dalam hidup aku, aku rasa nak pergi jauh.. jauh dari semua orang . aku nak bawak diri aku jauhhhh..jauhhhhhhhh biar semua orang sekeliling sedar yang aku takde dan aku penat dengan semua ni . bila semua dah selesai aku rasa aku takda hati yang perlu dijaga lagi, tangungjawab aku berkurang , aku harap aku dapat terbang jauh dari malaysia =)
duduk negara orang , belajar berdikari , belajar keraskan hati , belajar erti hidup ditempat orang . .

 rindu itu pasti .. jasad jauh , hati masih dekat .. =) 
jika perasaan rindu yang dipersoalkan , tidaklah aku berada di johor bahru sekarang ni..
jauh dekat aku dengan orang yang aku sayang,  rindu itu pasti . 

doakan yang terbaik untuk aku , 
yang pasti aku akan terbang setelah : 
aku yakin sayap aku kuat 
aku yakin tangungjawabku sudah langsai
aku yakin tiada hati yang perlu aku jaga selain hati aku..

tetapi kalau aku ingin terbang , tapi Allah tidak izinkan.. tetaplah aku disini . . 
  ingat !
jasad jauh , hati tetap dekat .. rindu itu pasti 
aku ingin terbang .
assalammualaikum
maafkan salah silap 


Butterfly terbanglah tinggi

Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high

As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

butterfly : kejayaan aku
so aku seru kejayaan aku sampai tahap tinggi macam yang aku angankan dan aku akan raih ia sedapat mungkin..
aku ingin terbang 


dalam lagu ni lirik selain yang aku hilight kan , takde kena mengena dengan aku okay.. haha

Wednesday 15 August 2012

.tanya air mata .


Tanya air mataku saat
Saat aku menangis
Saat aku bermimpi
Saat aku bertanya

Sulit hidupku untuk
Sulit kau tuk mengerti
Sulit engkau pahami
Dengan apa kau
Harus mengerti
Kau harus pahami
Kau harus mengerti hidupku ...

Masih mungkinkah kau mencoba
Kumohon trus mencoba
Tuk gali lebih dalam
Arti hidupku

Hingga tuhan turunkan untuk
Sebuah cinta untukmu
Sebuah arti untukku

Dengan apa kau
Harus mengerti
Kau harus pahami
Kau harus mengerti
Kau harus pahami
Hidupku 
 aku tak tahu aku macam ni sebab aku marah atau aku kecewa ya amat.
aku tak tahu macam mana nak hadap benda  ni lagi
aku nak lari dari semua benda yang memeningkan kepala aku ni
aku taknak orang sekeliling aku derita 
dah lama derita ini kami tanggung
kami nak lari tapi kami nak lari kemana?
YaALLAH. berat .  berat ujianmu yaALLAH..
berat ya ALLAH.. aku tak mampu .. aku akui aku tak mampu nak hadapi yaALLAH
aku jatuh . aku cuba bangu .  aku jatuh lagi . aku akan cuba bangun lagi . aku tahu aku jatuh lagi sekarang . aku tak nak bangun sebab aku dah tak mampu yaALLAH.. 
tapi aku tahu ujianMU sejajar dengan kemampuan hambaMU..
tapi aku penat ya ALLAH..
makin bertambah hari , makin bertambah usia , makin bertambah pengalaman . 
makin teruk , makin tersasar , makin terpesong . 
makin aku bagi kepercayaan, makin aku semai semula kasih sayang aku , makin aku tanamkan ego aku , makin aku berusaha menerima kau , makin kerap itu jugaklah aku cantas satu persatu ranting kepercayaan aku kat kau..makin kerap jugaklah kau siat-siat kasih sayang aku pade kau , makin kau gali gali lah ego aku untuk tumbuh semula ,  makin kau buat aku SUSAH terima kau .
untuk kau , 
aku usaha sedaya upaya aku . aku kutip balik sisa sisa hati aku untuk buat kau gembira walhal hati aku hancur 
untuk kau ,
aku kumpul kekuatan untuk belagak aku okay walaupun air muka aku dah lesu penat menghadap kau
untuk kau , 
aku yakinkan orang yang paling aku sayang untuk beri kepercayaan kepada kau walau aku tahu kau tak boleh dipercayai lagi
untuk kau , 
aku tak hiraukan perasaan hati aku .. aku marah hati aku yang selalu mengadu sakit dengan perbuatan kau
untuk kau , 
aku sedaya upaya ukir senyuman untuk buat kau tersenyum balik kat aku walau aku ade berjuta alasan untuk menangis.
untuk kau , 
aku guna akal aku semaksimum yang mungkin untuk tidak melakukan perkara yang akan menyusahkan kau walaupun aku ada peluang untuk berbuat demikian.
untuk kau ,
aku jadi se fleksibel yang mungkin walaupun itu luar kemampuan aku , aku gagahkan jugak.
untuk kau aku cuba jadi yang terbai weh! TERBAIK!!
tak boleh ke kau cuba fikirkan hati aku. 
taknak fikir hati aku? takpe . 
kau tolong fikir hati perempuan yang susah senang selalu ada disisi kau walau dia tak lagi bermakna buat kau
kau tolong fikirkan hati perempuan yang akan tahan setiap kata-kata kau. 
kau tolong fikirkan hati perempuan yang bertarung nyawa untuk aku.
tidak adil bagi kau untuk aku hukum atas kekhilafan kau
tapi tidak adil juga untuk kau buat aku , dia , dan dia begini
aku cuma nak bagitahu kau aku PENAT..
dan aku tahu benda ni tidak akan berakhir
aku dan dia dan dia wajib redha untuk terima semua ni .
aku akan ikut rentak kau
aku akan ikut kepala kau
aku takkan bantah
aku takkan memberontak
untuk kau
untuk menenangkan hati kau yang aku tahu dah sedia ada celaru
aku endahkan hati aku , dia dan dia yang resah dan celaru dengan semua ni demi menenangkan hati kau. 
kau nak tahu perasaan aku ? 
tanya air mata aku.
untuk : kau





Saturday 28 July 2012

perbezaan kesan dari penilaian

assalammualaikum
subjektif betei ayat aku kan? 
 ada something aku nak share nak kau orang tahu .
this is what happen : 
sem 1 : -setiap hari kecuali bendera merah lepas maghrib/isyak aku akan baca al-quran
- di kelas aku tidak langsung mengantuk ..IF mengantuk pon aku tak tertidur
-result aku sem tu 3.53
sem 2 : -berskipskip hari aku baca quran .kadang ada kadang takda
- kat class aku okay tak ngantuk masuk je belajar..
- result aku sem tu 3.41
sem 3 : - tak baca langsung quran (yes aku memang lalai)
- kat class mengantuk gila..tak boleh tahan mata memang tido
result aku (taktahu lagi)

BUT 
satu hari aku tersedar.. seriously aku TERSEDAR
kenapa aku jadi makin teruk bila sem 3..
ada benda yang aku tinggalkan..
yang TIDAK PATUT aku tinggalkan..  
baca AL-QURAN after solat 

yaALLAH besarnya penangan surat cintaMU untuk hambaMu yaALLAH..
BUKTINYA
dua hari aku amalkan baca quran selepas subuh
aku ke kelas dengan keadaan segar 
TIDAK mengantuk..
ILMU senang masuk
aku sentiasa berfikiran positif
  SERIOUSLY!

aku sedang mencuba perbaikidiri aku kembali dari lalai..
my roomate pernah cakap .. aku ni gifted sebab aku main2 pon result aku okay..
no way man.. semua ada potensi untuk result bagus.. kena usaha..
bukan belajar je.. tapi berdoa..
amalkan apa yang sepatutnya diamalkan..
baca ilmu ALLAH perlu juga baca surat cinta ALLAH
itu satu satunya panduan kita
 
so inilah perbezaan aku dapat melalui penilaian aktiviti aku selama ni. 
banyak kelebihan apabila kita mengamalkan bacaan ALQURAN
AllahuAkbar


Friday 29 June 2012

cuti semester manis dan duka

assalammualaikum..hiks
last update time aku kat KSKBJB 
now latest update aku kat rumah 
sad news aku nak balik lagi 2 hari kot..sobs

selama sebulan kat rumah aku enjoy  : 
-habiskan duit ibu hiks
-claim tido yg tak cukup
-paling pemalas
-hang out dgn kawan (maklumlah i retis u tahu?)
-amek report kad adik aku utk skola agama n kebangsaan -___-
-balik kampun N9
-jadi driver kesana kekumari..eh..kesana kemari
-tukang masak
-tukang kemas rumah
-tukang lipat baju
-semua jenis tukang hantar kereta pegi repair
tukang claim OT ibu 
apa lagi apa lagi? takda dah kot rasanya.. hiks

now sedang main hastag #AwakKenaPaham 
follow me @jiranpermai
hahah
sempat promote oi

dah tahu kan aktiviti aku cuti sem?okbai.. 
hahahha..
aku sedih
nak puasa kan?(gembira oi)
nak raya (ni yg aku sedih)

"merindui sesuatu keadaan yang dulunya terbiasa dengan kita dan tahu ia takkan pernah mungkin berlaku lagi.. AMAT sakit..AMAT..."

aku rindu saat saat raya kat rumah bersama tetamu ..
ibu masak,ayah sambut tetamu.aku busy layan kawan2 yg datang(act buat2 bz hiks)
kawan2 ibu ayah along abang aku datang rumah..
hoi rindu gila kot!
but when semua benda terbahagi dua.. aku tinggal separuh..
and korang kena tahu separuh tu dah tak berguna lagi..
separuh tuh pon dah kosong..
*bekgron lagu najwa latip kosong*
hiks

macam mana boleh ter keluar benda ni?
*situasi dimana aku dan ibu sedang try sample kuih yg adik aku bawak rumah*
ibu : sejak pindah sini..raye dah tak bermakna lagi
aku :* terdiam *
ibu : *senyum tawar*
aku :* geleng kepala * rindu kot dulu raya sesama orang datang rumah ibu masak..rindu gila
ibu : itulah..paling tak boleh lupa kuah mee rebus basi *sebak*
aku : *hujan* 
ibu : *diam*
lepas tuh tak perlu aku cerita.. aku dapat rasa bila aku hujan ibu pon akan hujan..
aku tewas depan ibu..selama ni aku tahan airmata aku depan dia
tapi kali ni memang aku betul2 sakit rindukan keadaan dulu.. yang aku tahu takkan pernah berlaku lagi...

okaylah..kami tetap bahagia dengan keadaan ini.. Allah kan ada.. 
=)

Wednesday 27 June 2012

HELP

assalammualaikum
 hoilah.. blog ni dah lawa dipandangan mata aku..tapi dah kenapa semua benda turun bawah? 
ini membuatkan aku tak da mood nak update pasal cuti sem selama sebulan ni tahu? i need to call endek aka cik rien utk solve masalah aku ni hoi..adehhhhh..chiawww...

Sunday 27 May 2012

people just dont care that sometimes we need 'A' time to be left alone by them.. ;(

title post ini >people just dont care that sometimes we need 'A' time to be left alone by them.. ;(
FOR SURE ia
 bukan tidak bersyukur atas apa yang ada , bukan juga tidak menghargai sahabat disekeliling
DEFINITELY saya
sangat mensyukuri keadaana saya sekarang dan menghargai kehadiran sahabat-sahabat dalam hidup saya :)
BUT bagi saya
kadang-kadang saya mahu masa untuk bersendirian 
BUKAN KERANA
saya rimas dengan anda, saya tak suka anda, saya marah anda, saya benci anda atau apa-apa yang negatif tentang anda..:)
SAYA HANYA
mahu masa untuk bersendirian sebab nye saya sorang je yang tahu.. 
OF COURSE 
Allah knows how i'm being thorn inside
=)
SAYA ADA 
sahabat yang baik dengan saya 
ADA
 bila saya berada dalam pelbagai situasi/keadaan
TERIMA
sifat negatif saya
MEMAAFKAN 
setiap kali saya melakukan kesilapan
MENEGUR
saya jika saya tersalah langkah 
WALAUPUN
saya jenis tak boleh dikritik
TAPI
sahabat..saya memikirkan teguran yang anda berikan pada saya
JIKA 
saya marah..biarkan saya..sebab saya cepat marah dan inshaAllah cepat sejuk
JIKA 
saya masih lagi marah bising-bising membebel maknanya saya masih ambil tahu pasal anda sahabat
JIKA 
saya berdiam dengan anda bermakna saya sudah tidak tahu cara untuk mendekati anda lagi..
LASTLY
saya BAHAGIA ada sahabat seperti anda semua yang kenal saya.. 
hehehehe..
Alhamdulillah..
TERIMA KASIH SAHABAT
Assalammualaikum 
chiaw.. 

thanks sahabat! =)

sahabat untuk selamanya


actually nak masukkan semua gambar sahabat but banyak sangat :)
 THIS POST is dedicated to : 
1.sahabat dari kecil sampai besar di sekolah
2.sahabat di kolej PUSRAWI dan KSKBJB
3.sahabat TWITTER dan FACEBOOK
4. sahabat yang pernah saya kenal secara sengaja atau tidak

mwehehe..




Friday 11 May 2012

rindu ayah :'(

assalammualaikum..
kalau lah ayah ade blog.. kalau lah ayah follow blog aku.. kan best..boleh dia baca isi hatiku ini..eh
actually dah nak sebulan kot aku tak call ayah ..yes aku tahu ini teruk.. aku lebih call ibu dari ayah.. ibu boleh dikatakan tiap hari..
kalau lah ayah tahu aku rindu dia sangat sangat.. hmm.. but aku rasa hati aku tak cukup kuat lagi nak bercakap dengan dia.. ade benda yang terjadi between ayah n ibu.. *private n confidential* kat twitter n fb kot ade yang terbaca aku cam marah dgn ayah aku.. aku minta maaf..tak sepatutnya bergitu.. but i anda,anda dan anda tahu apa yg terjadi..hmm..aku doakan korang tak tahu n tak hadap ah.. :)
that things that buat aku tak call ayah..aku just left him a message mintak dia doakan aku final exam..n he replied "inshaAllah .ok"
and aku dapat rasa yang dia terasa dengan aku.. but ayah.. dibah tengah pujuk hati dibah ayah.. dibah sendiri tak kuat lagi.. hati dibah dah banyak kali dibah pujuk dari dibah kecik lagi sampai dibah dah umur 20 tahun ni..
kalau lah ayah tahu.. kalau lah..mesti ayah akan bagi masa kat dibah kan? mesti kita jadi anak and ayah yang macam bestfriend kan? but..it is just "kalaulah"
aku betul betul rindukan ayah.. jujur.. but bagi aku  masa untuk hati aku cantum balik..
oklah..chiaww..assalammualaikum

Saturday 7 April 2012

sesuatu yang tidak terlihat

dia, memang nampak kuat dan hebat 
dia, sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepada kamu
TETAPI
 disebalik kekuatan dan kehebatan itu,
dia sebenarnya sedang mengumpul serta mencari kekuatan 
untuk terus bangkit dan menyulam hatinya yang retak seribu..
 this aku dapat dari page facebook "seandainya Kau ciptakan dia milikku,satukanlah hatinya dengan hatiku"

'dia' dalam ayat kat atas ni aku dedicate kat ibu aku..

ibu namak je kuat ,selalu nasihat aku..selalu bagi kate pembakar semangat kat aku , memang kalau aku ni bukan anak die..aku takkan tahu perit pedih yang tak terlihat dari reaksi muka ibu..

ibu sangat kuat..sangat tabah..sangat gigih dalam memujuk hati die sendiri untuk kuatkan diri dia..untuk terima segala apa yang pahit berlaku dalam hidup die..
hati dia RETAK SERIBU..even aku boleh cakap hati die maybe dah takleh cantum kesan dari ape yang dah berlaku dalam hidup die..
if aku ade kat tempat die.. aku tak yakin yang aku still akan tersenyum even nak buat senyum FAKE pon aku tak mampu..
ayat kat atas tuh memang menggambarkan ibu aku..
tak perlu aku bagitahu kamu,kamu dan kamu (yang sedang baca ni) apa disebalik post aku kali ni..
but ..kadang2 orang yang kita tengok gembira SELALU tuh sebenarnya menyimpan duka yang TERLALU..

aku doakan ibu dan ayah aku bahagia didunia dan akhirat..
amin..inshaAllah..
assalammualaikum..chiawwww.. ;) 

Friday 6 April 2012

aku just buat apa yang patut =)

ehem ehem ..
hai hai kamu kamu kamu dan kamu..
now : 5.10pm / 6apr2012
aku baru je lepas delete acc myspace ..delete pix2 fb n twitter yg boleh timbulkan sebarang spekulasi
pastu aku ingat segala paswed fb twitter blog email skype n tulis kat 1 kertas
so IF anything happen kat aku boleh ah kawan2 aku tolong deletekan acc aku..=)
ni sebagai persediaan IF something happen lah..

act dah lame dah berniat nak buat gini..but harini cuti n baru ade masa nak bukak lappy n lakukan operasi..
mestilah korang pernah terbaca dalam FB 
"apa akan terjadi  pada acc fb kita bila kita mati?"
yes..ayat tuh buat aku terduduk n termenung beb memikirkan..
so aku ambil langkah berjaga2 

BERJAGA-JAGA: (dalam setiap)
> post
> comment
> picture yg di upload
> chat / mesej
> 'like'
> share

SEBAB : (takut-takut menimbulkan)
> DOSA
> fitnah
> sakit hati
> pergaduhan
> zina mata,hati
> syubahah
> dan lain2 yang takbaik

TETAPI : (aku cuba)
> post / comment /share / like benda2 yang baik dan bermanfaat 
so tak banyak sikit aku dapat lah the good side of it..
> picture pulak aku upload yg mane aku rasa okay n tak timbulkan fitnah

so..IF : (korang tengok)
> aku tak betul
> aku salah
> aku lalai 

dalam ber fb ber twitter ber blog nih ..sila lah TEGUR aku..=) 
aku tak bagus
aku tak pandai
aku tak perfect
aku just nak berada dikawasan selamat
taknak tergelincir dari landasan
dan aku sedang berusaha! 
untuk perbaiki diri 
harus bermula dari perkara yang KECIL ini..
SEBAB syaitan pon menghasut kite dari perkara yang KECIL ini.. 

kawan-kawan 
dalam fb twitter blog
aku memang gila-gila suke merepek.. 
tolong jangan terasa hati or apa..
and aku suke share ape yang aku tahu..
if ape yang aku tahu tuh xbetul..
sila betulkan ye?=) 
aku dalam proses memperbaiki diri aku



okaylah..assalammualaikum! chiaww..

p/s : twitter - @jiranpermai
skype - jiranpermai
add n follow lah eh? =p

Friday 23 March 2012

Jaga Allah, Allah akan jaga kita

hai hai.. 
haaa..elok lah..niat bangun pepagi ni nak study for midterm..
ni ha aku sekarang kat mane?haha kat belog aku ni..tga update..(--.)
ni semua cikrien punya pasal (tetiba)

actually kat twitter tadi aku teringat kakak aku cakap 
"jaga Allah,Allah akan jaga kita"
1 day aku duduk rumah kakak aku.. 
otw nak pergi balik umah aku..akak aku suruh solat dulu.. =)
aku pon ikut jela..

dah solat..dah ade dalam kereta..
mase otw tuh..akak aku cerita..
kisah benar babe..
ustazah tuh cerita..
die balik dari mane tah dengan anak die..
otw balik tuh die takut taksempat zohor..
so die ajaklah anak die pegi solat zohor kat stesen minyak..
anak die refuse..but mak die ckp "jaga AllaH..Allah akan jaga kita"
diorang pon pegilah solat..

after solat kat stesen minyak..
anak die teringat cikgu suruh beli buku kat bookstore
ustzah tuh pon pegila bawak..
ustazah tuh park kereta bertentangan jalan..
(anak die kene lintas jalan)
ank die kelua kereta..
otw melintas tuh anak die xperasan ade lori laju gila ..
dari pandangan orang dewasa..ustazah tuh memang tahu anak dia takkan sempat melintas..
even ustazah tuh sedang fikir macam mana nak ambik ank die bwk p hospital nanti..
tanpa mengambil langkah utk keluar selamatkan anak die(sbb die rase mmg da xsempat)

but.. again.. 
"jaga Allah.. Allah akan jaga kita"
bile ustazah tuh tengok takda pelangaran berlaku..
dan die nampak anak die kat seberang jalan..
anak die datang kat die balik.. n anak die cakap :
"betul ape yang ibu cakap,bile adik jaga Allah..Alah akan jaga adik..tadi adik memang rasa nak kena dah langgar dengan lori tuh..tapi adik tak tahu tetiba adik selamat ade kat seberang jalan.."

the end;
bila kita ''Jaga Allah,Allah akan jaga kita''
die jaga tanggungjawab dia solat pada waktunya..dan Allah jaga keselamatan dia..
memang ajal maut ditangan Allah..
but semua benda yang berlaku disekeliling kita semua berkait rapat dengan ayat2 Allah..
kite hanya perlu berfikir ..
fikirkan kekuasaanNya..

okay..ape2 hal solat dulu eh..=p
assalammualaikum..chiaaww.. 

Monday 12 March 2012

CPR cardiopulmonary resuscitation

B.L.S.
stand for BASIC LIFE SUPPORT
in other name is cardiopulmonary resuscitation CPR
mwehehe..

haiii..haii.. Assalammualaikum kamu..kamu..kamu dan kamu..(yela kamu yg tgah bace ni)
ceyyytt..haha.. 
sorry morry lah dah lama tak update belog..hahha 
(memang kau retiss dibah)
hahahaha..
actually fyi aku busy gila. gila punya busy.. ''(--,)

harini agak2 entry aku menarik.. (kot) o_O
Semalam and hari ni aku belajar CPR.. =)
dah tahu kan CPR tuh ape kan?

CPR ade banyak jenis babe.. adult , children dan infant (<1y/o)
hmm.. choking (tercekik) pon kne buat CPR..
best woah belajar.. but benda ni tinggi responsibility die..wuuu..

cium2 patung.. hahaha.. heaven agaknye patung tuh..tapi ade la cover plastik n ruang udara..
hahaha.. pastu kne count 
"and one and two and three and four...bla3 sampai and 30"
pastu kene blow (comolot) patung tuh.. bhahahaha

pastu kene buat 5kali cycle benda diatas.. -_-"
pastu kne kira breathing "thousand one thousand two thousand three..sampai thousand five" 
(thousand four ilang tah kemana) 
lol! xp

nak tgok cara2 die.. acer nengok pix kat bawah ni..hehehe

inilah cara dia.. patut ade 'S' S tu untuk shout for help 999

ni chest compression utk infant ;)

    
ni plak bag via mask ; ni kene ade 2 orang yg buat..mwehehe.. kalau sorang..kite kne pump je..xpayah chest compression

ni pulak caratangan untuk chest compression


hehehe..ni aku tunjuk sedikit sebanyak ah.. aku belajar yang ini lah.. ;)
kalau tak de breath kite kene bagi blow
kalau takde pulse (utk infant) kene buat chest compression
hehehhee...

and fyi kebanyakan adult collapse sebab cardiac arrest
and kanak2 sebab choking..

dah,,habis cerita.. nak kongsi2 ilmu Allah yang tak terkira luasnye.. 
Aku ni tak cukup lagi menuntut ilmu ALLAH ni..

hemm.. harap-harap info ni menarik n bagi korang pengetahuan sikit2.. =)
okie dukie.. 
chiawww..assalammualaikum!!
 

Wednesday 8 February 2012

insane

bhahahaiishhh.. 
tadi ade idea nak post .. 
tapi sekarang blank babe.. bhaha... 


satu pesanan .. 

#JANGAN senang sangat nak melangkah.. =)

~2 minutes later~
nak pesan lagi boleh??
*muka mengharap*

#PLEASE aware to your surrounding


~2minutes later~
*silent*
*wink..wink*
*hmmmm...hmmmmm..hmmmmmmmmmmm*


~3 minutes later~
nak tambah lagi 1 pesanan boleh?

#JANGAN over ;p

 ~seminit pastuh~

dah2 duduk diam2 dibah.. 
takde idea buat care takde idea..
p tido..
tutup mulut
tutup mate! 

*sleeping*


p/s : sorry lah babe sekalian.. idea hilang sebab takde mood.. tetiba takde mood.. but..makesure kamu..kamu..kamu..dan kamu..yes kamu yang sedang bace post ni..*mmg followers aku 5juta pon* 
pastikan kamu semua ingat pesanan saye ye?
haha..baiklah..sekarang aku boleh tido..
assalammualaikum.. chiawww...

Sunday 5 February 2012

ade orang suruh update

bhahaha.. *okay fine*
..hahahaha..*ok stop*
..wakakakak..*woi2 stop la woi*... 


jap ag aku update aku post kat fb n twitter kenn..
bdk yang suh aku update tuh mesti die tgah bace skarang 
p/s : hai awk.. =)

okay2 dah! siyes siket boleh tak dibah??
*tutup mulot*


story begin : 
haii ..assalammualaikum
 kemalasan yang melampau ditokok tambah lagi dengan kebusyan yang menterjah diri membuatkan aku jarang update.. sorry yea kengkawan.. 
*hulur gula2 seposen dua*

ehem..ehem.. harini aku ak bercakap pasal ini *sila scroll dibawah*

dia
pade yang pempuan sila bayangkan question mark tuh kat muka laki tuh *ok gelak sekarang sebab ia lawak*

haha..siape dia tuh?haha aku pon tak tahu.. yang aku tahu dia tuh adelah seseorang..
maybe or may not be mine
JODOH itu RAHSIA ALLAH..
yes..yes..and yes.. no doubth

 so
 jangan risau lah kalau kau berseorang 
*sebab sebenarnya kau ada Allah*
jangan risau kalau kau tak jumpa cinta kau lagi
*risaulah andai kau tak jumpa Cinta Allah*

Allah dah tetapkan yang terbaik..
mencari jodoh tak semestinya perlu berCOUPLE
tak salah mencari..
aku tak tolak fitrah manusia 
*rase minat/crush/whatever*
but..let it be on the right way
aku tak sempurna..
aku pon sedang tercari-cari
aku sedang mengawal hati aku..
kawal hati untuk tidak mencintai seseorang melebihi cinta aku padaNya

pada yang sedang berkapel..
aku tak larang dan aku tak suruh..
siapa aku untuk buatkan keputusan untuk korang..
take note : 

macam mane pon kite jage hubungan tuh..kalau Allah cakap bukan jodoh kite..tetap bukan.. 

kalau belum tiba masanya..
Bersabarlah..
okay? =)
  
pesanan :
pada si "dia"
aku tunggu sampai waktunya
inshaAllah

bimbing aku kedalam redha Allah

'HARAM jika jadikan wanita itu kekasih jika tiada niat untuk menikahinya"

assalammualaikum 
chiawww..


p/s : nak kongsi vd nih.. =)


p/s lagi :
 'jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia mencintai dia'
'jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia'
'jangan memeberi wanita harapan kalau anda tidak pasti'

diatas aku ambil dari twitter Ustaz Azhar Idrus @kataustazazhar
 fikir-fikirkan ye..





Sunday 29 January 2012

"berkawan lah dengan dia selagi dia ada"

title post ni.. roomate aku punya ayat.. actually banyak cerita disebalik ayat ini.. : 

bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

aku aktif di twitter.. for your information (F.Y.I) *past post aku salah buat > f.i.y (memalukan)
back to story :
aku terjaga disuatu malam.. 25th january 2012
aku stalk tweet2 org yg aku follow..
aku terjumpa retweet dari a friend of mine..
that retweet says #prayforsolihin
aku pon retweet lah.. 
but somehow..aku boleh rase something pelik dalam diri aku
aku rase i need to know him (solihin)
i pray for him to safely faced the operation
*grammar kelaut*
dia menjalani operation jantung..
and now..jantung dia baterry..
he need an organ
iaitu jantung
but all ppl know itu susah nak cari kann..


1 je aku amat kagum dengan dia : 
SEMANGAT dia..
 b4 operation dia ade tweet :
'treat me like jokes,and i will leave you like it is funny'
fuhh..

back to story :
almost 4 and a half hour die dalam OT (operation theater)
 still pastu die boleh tweet lagi.. see..how strong he is?

dia sangat berfikiran positif
dia sangat berharap pada ALLAH..
dia sangat redha
dia tak putus asa
sentiasa tersenyum
sentiasa make others smiling
semangat dia..pergghh..
 aku teringat dr.fadzilah khamsah cakap :

ALLAH TIDAK AKAN UJI HAMBANYA KALAU DIA TAHU HAMBANYA TAK BOLEH HADAP

know what? itu terbukti..
that solihin is the choosen one..
derita didunia bermakna bahagia di akhirat (inshaAllah)

then he had 2nd operation.. 
aku tak tau operation ape..
tapi..
now he is okay..
ingat lagi tweet dia.. 
'darah kelua dari telinga aku'
'jari aku mengecut..hemm kurang darah kot'
'i lost too much of my blood'
'i need blood'

and again.. Alhamdulillah.. 
dia still ade..
n just now... 
aku baru skyping dgn dia..

aku PEMALU..but hati aku nak sangat skype dgn dia..
seriously!
aku tersangatlah pemalu..
aku baca tweet dia.. 
'jom skype!!'
almost 30min after 
he tweet
'tak de sape nak webcam dgn itew'

aku..nak sangat..sangat nak skype dgn die..tapi aku amat malu..
then roomate aku cakap 
"berkawanlah dengan dia selagi dia ada"
 then aku overcome malu aku just nak buat dia sedikit happy and feel there is someone that want to skypin with him..
aku nak dia tahu.. walau aku tak kenal dia..
aku nak kawan dgn dia..
n dia tak berseorangan..

bile tengah skype :
die kenalkan kakak dia
sepupu dia
hamster dia (laki bini)
kucing dia (laki bini)
haha..lawak kann
family die very supportive
semua say hai kat aku..
siap pelawa oren,coklat..=p
 ternyate dia pon pemalu cam aku..hikhik
ehem2.. die have a nice wajah yuh noe.. hahaha
comel..good looking..eh..;p
*okay dibah stop!! gatai naa hang nih..*
haha..
i adore him
not bcoz his good looking
but bcoz his spirit..=)

at last lepas skyping..
air mate aku jatuh.. ='(
hati aku rase something..
Allah uji hambaNya dalam pelbagai cara..
Sebenarnya Allah itu dekat dengan kite..
AllahuAkbar!



bismillahirrahmanirrahim..
yaAllah.. tolong jaga solihin.. 
amin..
assalammualaikum